tapi skrg ni ana gagahkan juga diri utk menulis, sbb ptg2 mcm ni taktau nk wat ape. Nak
jogging, hujan lak.. sleep? definitely no! bertambah2 sakit kepala nnt... lagipun org kata, tido
lepas asar ni tak bagus kn..sbb mase tu fungsi badan kita sgt lemah n ape2 penyakit pun sng
dtg. Well, i'm avoiding this habit, coz sometimes ade gak terlentok di waktu2 terlarang
ni..when i'm really exhausted!..huhu. jom kembali menulis dengan satu misi yang tersirat :P
oklah, i'm quite lazy now to write more, nk listkan bbrp point which happened and will
happen to me :
I got something from my secret admirer! Sape ek? jeng3..
Interview pospone lagi [mybe in november..ah..come back to UTP..again... =( or might be at KLCC?perhaps..]
FYP alhamdulillah dah siap, tapi sv suruh tambah ukuran n scale kt gmbr lak.. [tak siap lagi la tu kn..hehe]
next week i'm gonna have 3 test! 3rd, 4th and 6th november, fuyyo! on 4th nov also kna submit HRM project, 2nd nov FYP dissertation.. 2 to 6th nov are the date range for HRM presentation, ya ALLAH, hectic sungguh!
Tadi dah pegi mengundi. Campus election..hehe..berdebar-debar menunggu kemenangan :) , hope candidate num 1 will win, well, i'm one of his FC :D
wiken ni kna all out lah!bnyk keje.
ana tgh rase sedih sebab dah tak lama dah nk tinggalkan kampus tercinta ni... huhu
Ana juga terlepas beberapa kenduri kawen senior2 kerana kebizian yg amat.
Kakak ana juga nak bawak ana ke bukit cerakah nnt, sbb ana gtau dia yg ana dah lama tak jogging. Kolestrol bnyk dah ni :P .[ Really miss the moment with my sahabats n adiks2 at Bukit Larut. Indah sungguh!]
menikmati nasi lemak Pak Ali di puncak bukit larut :)
Rase macam dah ade kat oversea..hehe
dah..malas dah nk tulis, nak study lak ni. Post ni adalah posting yg paling lama mengambil
masa. bayangkan, ana start from 6.30pm, n skrg dah 1.27 am, haha... lama tertangguh, sbb
ade bnyk hal tadi. Dating + meeting+melenting dan mcm2 ting lagi... hehe [mengapekah agak
poyo skrg ni? takpelah..biar poyo asalkan islamik...hehe, sesungguhnya Islam itu syumul, dan
And my headache dah beransur-ansur ok after jumpa kwn2 tadi.. :)
p/s: already got the campus election result. As expected, bukanlah satu kerugian sy
mem"promote" candidate num 1 :) . Btw, syabas to all, tak kira lah mng atau kalah. All of you
have done your best!
marilah kita renungkan bersama-sama:
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yg demikian itu mudah bagi Allah."
"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yg sombong dan membanggakan diri,"
"iaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir.Barangsiapa berpaling dari perintah-perintah ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH, Dia Mahakaya, Maha Terpuji."
(Al-Hadid, 57: ayat 22, 23, 24)
::sesungguhnya segalanya telah tercatat dalam Lauh Mahfuz::
Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu
ALLAH sentiasa menunggu mu meminta padaNya. Mintalah, dan tunaikan segala suruhanNya, tinggalkanlah laranganNya.
nikmat sihat itu biasanya hanya disedari bila kita ditimpa sakit.. ya ALLAH..jgnlah dihukum kami yang sering lupa ini...
Bismillahirrahmanirrahim...
ya ALLAH, rasanya jem otak ana sehari ni. pening dok wat resume,nak refill ink printer pun tak jadi2. abes bercorak2 jari jemariku... asemen pun tak setel lg..hehe...so, singgah jap jenguk blog yg lama dah tak ter update ni.. hmm..sgt2 mencari idea untuk menyiapkan asemen HRM ni... otak jem..otak jem.. mintalah pada ALLAH agar di beri semula nikmat berfikir itu..ya ALLAH...
"Do you agree that “Spouses working together” is bad for organizations? Discuss your stand on the issue and provide TWO (2) articles to support your viewpoints."... hmm... bahan2 nye bnyk dah diperolehi dari internet, cuma mood nak menggoreng tgh down lg ni... ya ALLAH....ape ni shidah..
nnt pasni lah ana wat...huhu. owh ya... semalam, tanggal 9 Ogos 2009, genaplah 22 tahun umur ana. ya ALLAH, dah tua dah. Maut pun semakin menghampiri. Sudah bersediakah ana??
walau apa pun, hidup ini perlu diteruskan. Dalam keadaan sentiasa bersedia menghadapi saat itu. Terima kasih kepada sahabat2 yang wish dan sudi mendoakan kebaikan untuk ana. Moga kita semua sentiasa kuat dalam menghadapi liku2 kehidupan ini. amin... Seperti tahun2 lalu... tanggal 9 ogos ana hadapi dengan biasa. Semalam seharian di dalam kereta untuk ke kampus, setelah seminggu bercuti bahana wabak H1N1 yang kian mengganas. Ya ALLAH, kami sedar ianya satu bala, dan lindungilah kami darinya. sambut birthday dalam kereta la. Seperti biasa org yg wish ana is my sister :) sayang dier! (perasan la tu!). Seminggu kat rumah, tak terbuat kerja pun ana, maklumlah ada baby haiqal yg sangat comel tetapi manja dan suka sangat nk jalan2 kat luar rumah. Huhu, tak larat cik dah tau!
inilah penyebab kerja sekolahku tak setel :P
Seingat ana, dalam hidup ni, sekali je ana sendiri pernah mengadakan majlis hr lahir. Mase form 3. Saje2 je.. tu pun sbb saje rase nk ajak kwn2 g makan2 kat umah. Mase kecik2 mmg tak penah sambut hr lahir pun.(I mean, sambut wat2 party2 tu la) Birthday wish tu mmg lah ade sokmo..tapi ble dok hostel mase skolah n kampus ni, ade la sambut ngan kawan2...hehe..last year paling best, dapat 3 biji kek...hehe...tak kesahlah..camne bentuk besday kita....yg penting bahagia kn??
teringat lak kata2 bekas jurulatih silat ana mase foundation dlu. dia kata, kalo mase besday kita sepatutnya masa tu lah kita nk hargai mak kita. sbb dia yg dah lahirkan kita sampai kita dah sampai umur skrg.hehe...
cadangan dia supaya, mase birthday kita, belilah kek or pape untuk mak n ayah kita...kelakar lak rasa. Tapi btol gak kn...hehe..tak kesahlah ape pndapat masing2..
tapi bg ana, ms birthday kita lah, kita kna muhasabah balik keadaan diri kita. layak ke tak amalan2 n akhlak2 kita dengan umur kita sekarang? dan sebagainya. Sendiri mau ingat lah.hehe...
apa yang paling best ialah, untuk birthday kali ni, ana ada mendapat hadiah yg cukup simbolik. iaitu sebotol air mineral yg diberi oleh shbt2 ana after miting smlm...iye2 aje mimiey mintak ana wat balik air mineral tu as hadiah birthday, btw, thanks sgt...hehe...air mineral tu kn bagus untuk kesihatan.. bila dah diberi sbgai hadiah, air mineral pun rasa macam kopi radix :P hehe comel betol =P
sempena birthday ana pun ana ada bawakan cup cake yg sedap dan comel untuk kawan2. Tapi kepada sape2 yg tak dpt tu, ana mintak maaf la ek. Tak dpt nk tempah bnyk2 sgt sbb nnt tak muat lak keta bel. hehe.. Nnt kalo ade rezeki, ana bawak lagi yer.
yum..yum...yummy!
tak lupa juga ana nk ucapkan selamat pengantin baru kepada kak min dan suaminya yang telah melangsungkan perkahwinan 31 Julai yg lalu. Maaf tak dapat hadir majlis akak, sbb dah bertolak balik kelantan dah masa tu.
moga bahagia hingga ke syurga, amin.. :)
owh ya, satu lagi sebelum terlupa, ana nk share sebuah lirik lagu yang best. Lagu Cerita Hati, nyanyian Hafiz Hamidun. Kalo nk lagu dia, bleh mintak kat ana or download kat DC or kat internet ek. Thanks to my dearie syafiqa(adik smart group) yg sudi share lagu ni ngan ana. May Allah bless u sokmo dik!
Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa
Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan
Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan
Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi
Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga
Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta
sekian sahaja posting hari ini, sbgai driving force utk ana meneruskan kembali hidup di dunia kampus yang terchenta ini...
p/s: bisness one drop perfume bakal kembali. nantikannya di pasaran :P
"Sesungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya" Al-An'am: 134
kredit to kim yang bagi gambar ni kat ana. Indah sungguh ciptaan ALLAH.Tenang sunggu rase, dikala jiwa risau memikirkan amanah yang kian banyak untuk ditanggung. Terasa nk g offshore gak satu hari nnt. Bleh ke tak ek? hanya ALLAH yang tahu jawapannya :)
nelayan mencari rezeki
subhanallah....cantik kan?? nampak anak2 ikan berenang-renang
ape ntah ni, kapal kargo kot, ye dak kim :P
oil and gas industry
inilah dia platform minyak di perairan terengganu.
sekian sahaja. Ana just bagi gambar je la utk update kali ni. Tak larat nk tulis panjang2, pasnin nk g jumpa sv lak. Sama-samalah kita renung2kan kebesaran dan kekuasaan ALLAH melalui ciptaanNya yang sungguh indah ini :). Bila lah dapat merasai adanya platform di perairan Kelantan? Ana tidak redha dengan penganiayaan manusia yang zalim.
p/s: tapi hati-hati kalau main air laut, takut allergik nnt gatal2 tak pasal. Tarbiyyah ALLAH di mana-mana. Wallahua'alam
salam...sama2 kita hayati kisah ini. Sekadar copy and paste apa yg difwdkn oleh seorang sahabat di emel. Maaf sbb source tak di statekan. Sekadar untuk perkongsian. Wallahua'alam
Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra’ Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.
Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam akan terhenti.
Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ Mikraj dan seterusnya didizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu kea rah nabi sehingga berlumuran darah.
Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi di tolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.
Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.
SEJARAH PERJALANAN ISRA’ MIKRAJ. Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda S.A.W. disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra’” itu.
Semasa Isra’(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)
Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah S.A.W ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu daripada Allah. III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib Antaranya:- 1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2) Tempat yang berbau harum, Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
3) Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu : Itulah orangorang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4) Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka . Kata Jibrail : Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir merekakembali seperti biasa. Kata Jibrail : itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : Itulah orang yang kanan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menginakan) orang.
10)Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
11)Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.
13)Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala ambia’ dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S dan Nabi yahya A.S.
3. Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
4. Langit Keempat : Naik tangga keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
5. Langit Kelima : Naik tangga kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit keenam : Naik tangga langit keenam : Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh : Naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada mala mini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah.
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S bersabda : “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ila ha iilah allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan : Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan Malik penunggunya.
9. Tangga kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul- Muntaha . Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.
10.Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul – Nya.
Allah S.W.T : Ya Muhammad
Rasulullah : Labbaika
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angina. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mud an umat mu 50 (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S kemudian nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W meraya kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas Sembilan kali meraya, (setiap kali dikurangkan 5 waktu) akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul- Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudianya menjadi (saksi) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum Hijrah).
Alhamdulillah...semalam berjaya gak g majlis tilawah kat chanselor hall. Ramainye orang tak terkira. Tak dapat nak masuk dalam hall pun. Just jenguk2 diluar n jalan2 sekitar gerai2 kat luar je. Best2, cuci mata.hehe..sempatlah gak g menjenguk gerai HPA. Xtau nak beli ape, beli kismis minda dengan harga ahli RM8 sahaja.keperluan lain ada lagi :) . Ingat nk g check gak penyakit ngan kakak2 HPA tu tapi ramai sgtlah org..dalam posting ni nak share beberapa gambar g sane smlm.
belilah produk ISLAM HPA, kate Fadhilah :)
Sempat lagi posing disebalik keramaian orang :)
part ni memang best :P
sebenarnya ada banyak lagi gambar. Tapi tak dapat lagi dari sahabat ana. Lain kali la ana share. sebenarnya 2-3 hari ni ana agak kepenatan n kurang sehat sedikit.Sebenarnya ana ada gastrik. Disebabkan ana ni manja sket ana mengadulah kat kakak n abang ana. Takde jawapan lain melainkan pegilah klinik. Hehe (benda yang paling ana malas). Lagipun baru je lepas g klinik since nk register kampus wajib g check H1N1.
So, abang ana pun suruh ana amalkan selawat syifa'. Dengan izin ALLAH kita akan sihat sentiasa. Ana share sini selawat tu. Sahabat2 semua if ade sakit2 amalkanlah selawat ni pagi dan petang. Selain tu rajin2kan diri membaca Al-Ma'thurat ye.
Ana pun dah merasai sedikit kepenatan berada di final sem.Nak kena setelkan banyak benda. Nak kejar masa, dikejar masa. Pressure pun mungkin meningkat sket. Tapi kenalah pandai2 kawal. ALLAH kan ada untuk kita mengadu dan meminta agar dipermudahkan segalanya. Janji ALLAH dalam ayat ke 6 surah Al-Mu'min: "Dan TuhanMu berfirman, "Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"
Ana pun mengadu gak kat abang pasal ni. Pesanan dia: "guano2 pun keno tempuhi jugok" ... huhu, betol2...ana akur...susah mane pun kite kena tempuhi kan. InsyaALLAH, segalanya akan berakhir dengan baik. Moga ALLAH sentiasa bagi ketenangan untuk ana hadapi kehidupan yang ana tak tahu pun berbaki berapa lama lagi.
Sem baru akan start lusa. Ana nak wat yang terbaik untuk sem akhir ni. Terima kasih kepada ma,abah, abe2, kakak, adik, spupu spapat, mak2 sedara, pak2 sedara, seluruh family, waris2, dan sahabat2 yg mendoakan ana. terima kasih kerana menyayangi ana. Ana pun sayang kalian.
So, ana mungkin perlu berehat sekejap dari dunia blog, fs, vf dsb (kalau dapat terus 1 sem, ok gak, tapi tgklah gane, ana pun ade misi ana jugak, bukan sekadar menulis untuk mengisi masa lapang jer :P). Ana pun nak memantapkan skill photoshop ana jugak. Baru je dapat install photoshop cs3 dan ana dah belajar satu teknik animasi. Alhamdulillah
tetiba teringat kat adik2 mase program smart solat kat Paka
say peace everybody (^_^)v
Selamat tinggal kepada semua. Panjang umur jumpa lagi yer! Assalamualaikum
kenangan lucu berpraktikal menjelma lagi. Ia berlaku pada tanggal 22 Ogos 2008. Masa tu, kami adalah sebahagian dari AJK CSR anjuran BAKIP POD. Since kami pun di consider as ahli BAKIP di sane. Eh, ape tu BAKIP? Badan Kebajikan Islam PETRONAS la :) Best join BAKIP, sbb time intern ni takde lah wat ape sgt di ofis, nak2 time takde project, so, bersama-samalah BAKIP.
Lawa tak poster ni? Kami lah yang design :)
Tapi harus diingati, kami join BAKIP bukanlah sekadar mengisi masa lapang semata-mata! Ia kerana satu misi yang amat penting. InsyaALLAH demi ISLAM tu sendiri. Memperkenalkan dan mengajak orang2 khususnya staff2 ke arah memahami dan menghayati ISLAM yang syumul ini. Lagipun tak ramai yg nak menggerakkan Badan tersebut kerana kebizian. "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (As-Saff ayat 4) mmg sometimes kami diuji.. dengan kemalasan, keserabutan, ketidakikhlasan...tapi Alhamdulillah.. kami mampu hadapinya. Alhamdulillah, thank you ALLAH! "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)
Baiklah, kembali kepada kenangan lucu siri 2. Pada hari tersebut, CSR dijalankan. Iaitu gotong royong masjid kampung nyior. Alhamdulillah, ramai yg datang. Walaupun ada dtg sekejap je..tapi still dtg. Still dapat point kn? hehehe.. :P. Kami yang muslimat ni takdelah wat keja bnyk sgt. Just tlg2 potong sayur dsb. Ada masak2 la hr tu.
Selang beberapa jam. Dalam pukul 11, kami rase macam dah takde nk wat ape dah. Keje2 membersihkan dah abes. Yg tinggal pun keje muslimin tgh mengecat pagar. Keje2 masak pun tinggal kacau2 dalam kawah je. tu pun dah ramai yg wat. Makcik2 dan kakak2 rajin sgt. hehe...Hmm.. bosan gak...nak wat ape ek? so, kami pun merayau-rayau jap. Tiba2 salah seorang daripada kami menyuarakan sesuatu..jeng3..
Rajin tak kami? :P
"Rase cam nk g dungun la..." nk wat ape dah mase tu, ana pun lupa,beli tiket kot. Erk...kami ape lagi... terus mengiyakan.. "Jom2..bleh window shopping skali.. :P". So, sbb smua dah stuju, ape lagi... vroom! Merempitlah kami ke dungun menaiki kereta [ade ke merempit ngan keta??] whatever lah!Tapi, kami dah inform ketua dulu lah! Kate nk kuar jap :)
sesampai je sane..kedai fauvorite kami kunjungi. Ala..kedai pakaian yg dekat stesen bas tu. Sambil2 tu pusing2 la gak bandar dungun. Asyik je window shopping. Tapi smpt la gak beli bbrp keperluan :). Tak lama pun kami g, risau gak tetiba ada keja kat CSR tu. So, dalam kul 12.45 gitu kot, kami decide lah untuk pulang. Kami pun pulang dengan gembira. Tapi dkat2 nk smpai tu rase mcm segan lak..yela..tiba2 hilang n muncul semula.. Bila sampai je sane. Kami turun dari keta. Mak oi..dah tak ramai org dah. Lagipun dah abes waktu zohor dah. Nampaknye muslimin je ramai. Tapi nasib baik, ade lg beberapa makcik yg tgh duduk2 lagi kat wakaf tempat masak tu. So, dengan muka tebalnya kami menuju ke makcik2 tu. hehe... Makcik tu pun suruhlah kami g makan. Tapi sempat lagi dia berkata "Anak-anak dara ni, masa makan ada lak diorang ek"..sambil tersengih.
Ya ALLAH...segan tak terkata. Malunye kami. Bunyinya macam kami malas. :P . Dahlah macam chipsmore, kejap ade kejap takde. Tapi lepas tu makcik2 tu suruh kami g makan. Kami pun ajak la diorg sekali. Rupa-rupanya diorang dah makan. Skrg ni mmg turn muslimin sebenarnya.. adus.. Disebabkan kami ini berempat, so, takdelah segan sangat.So, pegilah makan. Tapi, muslimin2 kat situ pandang semacam jerk.. Tebalnya muka kami..tobat tak wat lagi. Mengelat punya pasal :P
Lepas makan tu, kami pun g la smula kat makcik2 tu. G back up diri, kate tadi ade hal sket kat dungun. Hehe...makcik2 tu pun kate la gurau2 je. Pastu siap offer gulai free lagi kat kitorang. banyak gak dia bg. Nasib baik kami bleh bg kat kawan kami, kalo tak mmg basi la kat umah...hehe...
begitulah ceritanya. Pasni tobat tak ngelat dah. Betol tak hani, bah, and hety?? [akhirnya ter-reveal gak sape dia geng2 ana ni, jgn marah ek ;P ]
kami tobat taknak ngelat dah :P
Banyak kenangan indah sepanjang kami bersama BAKIP. Kenangan pahit manis, semua ada.
kepada kawan2 diluar sana, ingin sekali saya mengajak untuk kita sama2 dengan perjuangan Islam. Walau dimana-mana pun kalian berada, cuba lah sedaya upaya untuk bersama badan yang memperjuangkan Islam. perjuangan Islam bukan semata-mata untuk orang yang sempurna ibadahnya, sempurna akhlaknya, bukan untuk orang yang sempurna menutup aurat sahaja. Namun, kalian wajib memperuntukkan masa dan diri kalian untuk memahami, menghayati dan mengamalkan Islam. Islam yang syumul.Buka minda, buka hati. Fahami Islam, Hayati Islam, Amalkan Islam dalam hidup kalian. Janganlah di awal2 lagi kalian menutup hati kalian dalam memahami Islam. Jika tak tahu, bertanyalah yang tahu. Rebutlah peluang yg telah ALLAH berikan ini. Berbuatlah sesuatu. Usah leka dibuai mimpi. Tinggalkanlah segala perkara sia-sia dalam hidup kita.
Perjuangan Islam itu untuk semua. Sumbanglah semampu yg boleh. Sumbangkan tenaga, sumbangkan masa anda, sumbangkan pemikiran, sumbanglah wang, paling tak mampu pun, sumbanglah doa kita supaya ALLAH mudahkan perjuangan Islam. Bersama-samalah perjuangan Islam dan dalam masa yang sama perbaikilah ISLAM di hati kita.
"Apa lagi saham yang mampu kita bawa kat akhirat nnt melainkan saham yg kita laburkan dalam perjuangan menegakkan Islam dimuka bumi ini? Kalau nk harapkan ibadah semata-mata, Subuh pun kadang2 terlajak, betol tak?" ---teringat kata-kata seorang sahabat di satu program. Ana dah sampaikan, terpulang pada kalian untuk bertindak. "Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata: ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?’ Mereka menjawab: ‘Agar kami mempunyai alasan (pelepasan tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan supaya bertaqwa.” (Al-A’raf : 164)
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
dah solat blom?
Renungan
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yangmenjaga pasukan fi sabillah di waktu malam." [sabda Rasulullah s.a.w]