Wednesday, April 3, 2013

Beza insurans konvensional dan takaful

Assalamualaikum

hari ini saya akan berkongsi tentang perbezaan insurans konvensional dan takaful yang saya petiik dari website ustaz Zaharuddin. Jom kita sama2 hadamkan.



Perbezaan Insuran
Konvensional & Takaful
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
  • a) Tabarru' dan Mudarabah
  • b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
KonvensionalTakaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankanKontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuranPeserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
 * Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan ShariahAset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.
Demikian penerangan ringkas saya.
Ust Zaharuddin Abd Rahman

Takaful menurut ISLAM

Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka atau bencana. Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takuful yang disusun dengan berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama dan lindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:


“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”.

Perjanjian antara Syarikat Takaful dengan peserta adalah perjanjian Al-Mudharabah. Syarikat Takaful bertindak sebagai Al-Mudharib iaitu bagi pihak Pengusaha yang menerima wang caruman peserta-peserta bagi menguruskan skim dan pelan takaful, membuat pelaburan dan urusan-urusan takaful yang disusun berlandaskan hokum tang berkaitan dengannya. Sementara itu, peserta pula bertindak sebagai Sahib Al-Mal (pemilik harta) yang menyerahkan wang caruman (Ra’is Al-Mal) mereka untuk diuruskan dalam skim dan pelan takaful serta membuat pelaburan. Perjanjian pelan takaful tersebut menerangkan dengan jelas beberapa perkara.
Antaranya ialah:

a) Pembahagian keuntungan dari perjalanan skim dan pelan takaful antara Syarikat Takaful (Pengusaha) dan peserta (pemilik) harta secara betul.
b) Cara bagaimana Syarikat Takaful menggunakan wang caruman peserta untuk ditadbir dan dilabur dan sebahagiannya disumbangkan bagi menolong rakan-rakan peserta yang ditimpa kesusahan atau malapetaka.
c) Penjelasan tentang hak-hak peserta serta syarat dengan perlindungan yang diberi dan berhubung dengan apa-apa manfaat yang akan mereka perolehi daripada skim dan pelan berkenaan.
Jenis Takaful

Terdapat 2 jenis Takaful yang boleh disediakan oleh syarikat-syarikat takaful iaitu:

i) Takaful Am
ii) Takaful Keluarga

i) Takaful Am

Takaful Am ialah sejenis perlindungan yang boleh disertai oleh orang perseorangan, syarikat, pertubuhan dan perbadanan sebagai satu ikhtiar dalam menghadapi kemungkinan berlakunya malapetaka atau bencana yang menimpa harta benda dan barang yang dimiliki oleh diri peserta seperti kebakaran atau kemalangan.

ii) Takaful Keluarga

Takaful Keluarga ialah perlindungan dalam menghadapi malapetaka kematian atau kecederaan ke atas diri seseorang peserta. Jelasnya takaful keluarga adalah satu bentuk perlindungan bagi orang perseorangan yang ingin berikhtiar dengan membuat persediaan menghadapi malapetaka dan bencana yang menimpa ke atas diri sendiri.

Penyertaan anggota masyarakat dalam skim dan pelan takaful yang selari dengan syari’at Islam adalah amat digalakkan dalam Islam sebagai satu usaha yang positifdalam menghadapi kemungkinan kesusahan atau mala petaka yang menimpa. Pihak syarikat sebagai pengusaha takaful sewajarnya memberikan kefahaman yang jelas kepada peserta berkaitan dengan terma-terma perjanjian yang dibuat sebagai langkah mengelakkan silap faham dan kezaliman.

sumber

Saturday, February 6, 2010

Tsunami at Haeundae, best + tragis


 
Bismillah wal hamdulillah,


Hmm.. kepala saya masih lagi terasa sakit, mungkin kerana terkena panas matahari sepanjang perjalanan pulang ke kampung dan menziarahi keluarga tunang abang saya di Besut. Sekarang ni dunia sangat panas, mungkin terlalu banyak menanggung dosa2 manusia yg semakin hari semakin lalai sehinggakan kabur tentang akhirat yg bakal ditempuhi. Kalau dahulu jam 12 pun masih lagi teduh, skrg ni, jam 10 pagi sudahpun panas terik, sebab tu lah kadang2 rasa malas nk keluar rumah…tapi…kalau tak keluar rumah..jadi kerusi dan meja makan sudah la..hahaha..


Oklah, saya terasa nak share sket tentang sebuah cerita korea yg saya tonton kat rumah. Tsunami at Hauendae. Cerita ni mmg best. Nama pun dah sampai tahap Box office. This is the first Korean drama which reminds me about kebesaran ALLAH. Not like others, pasal cinta cintun je..muak gak rasa, tapi ok la gak, if u all tgk sekadar mengambil iktibar. Sbb ade gak elemen2 kemanusiaan yg diselitkan yg bleh kita jadikan panduan dalam hidup. Bak kata org tua2, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan kan? Pandai2 la kita menilai.. masing2 dah matang kan…


Orait, kembali kepada topik asal… Tsunami at Hauendae adalah sebuah filem yg mengisahkan tentang mega-tsunami yg melanda Haeundae di saat kehidupan yg paling manis dirasai oleh manusia. Bak kata orang puteh, Disaster strikes at the happiest moment. Lakonan mantap oleh Sul Kyung Gu dan Ha Ji Won dan beberapa pelakon lain yg sy tak igt pun nama diorang..hehe. Namun, apa yang saya ingin fokuskan di sini bukanlah kepada sinopsis atau plot cerita ini, tapi, ulasan yg lebih bersifat umum dan paling penting kaitannya dengan kehidupan Islam. Bukankah hidup itu indah dan mantap jika sentiasa memandang sesuatu dengan pandangan Islam kn?

Filem ini mempunyai persembahan grafik yg cukup mantap.  Kejadian mega-tsunami yang digambarkan cukup real dan menggerunkan. Gambaran ombak besar yang mengejar ribuan manusia yang cuba menyelamatkan diri cukup mendebarkan. Dalam erti kata lain, produser berjaya menghasilkan satu panic situation yang nampak agak real la.. Salah satu babak yang cukup menyeramkan adalah ketika tiang elektrik jatuh ke dalam banjir yg disebabkan ombak besar. Ketika orang2 terkapai2 berenang cuba menyelamatkan diri, sedikit demi sedikit, tiang elektrik terselam di dalam air dan seperti yang kita ketahui, air adalah konduktor elektrik yang cukup bagus dan sekaligus membunuh ribuan manusia yang sedang lemas. Hero dan heroin of course la terselamat..hehe..Apa yg dikatakan disaster strikes at the happiest moment is, mega tsunami ni melanda di saat cinta mula terluah antara hero dan heroin, di saat seorang anak mula mengetahui siapakah bapanya, di saat isteri dan suami yg bercerai mula menjumpai semula titik persefahaman antara mereka dan di saat manusia sedang leka berseronok di tepian pantai..huhu

Apa yg saya merapu di atas mempunyai maksud yg tersirat. Bagi saya, cerita ini mempunyai value yg tersendiri. Walaupun pada dasarnya produser cuba menggambarkan kesedihan dan ketragisan apabila disaster menyerang pada saat paling manis dalam hidup, bagi saya, ia sudah cukup memberi pengajaran bagi yang tahu dan mahu berfikir. Dalam bahasa direct dan mudah, ia sudah cukup member iktibar tentang bala dan juga kaitannya dengan hari kiamat. Dalam cerita ini, digambarkan manusia lari-selari-larinya menyelamatkan diri sampai tahap memijak kepala orang lain. Manusia macam dah gila. Besarnya ombak, tak pernah terduga di minda manusia. Sudah cukup untuk menggambarkan akan haru birunya manusia pada hari kiamat kelak. Namun, kedahsyatan hari itu mmg tiada siapa pun yg akan tahu tahapnya bagaimana, kerana soal hari kiamat bukan urusan kita. Ia termasuk perkara2 ghaib yg ALLAH sahaja tahu bila dan bagaimana.

Namun begitu, Allah s.w.t telah bnyk memberi peringatan kepada manusia tentang hari yang dahsyat itu melalui surah2 seperti Al-Qariah, Al-Zalzalah, Al-Qiyamah, Al-Waqiah, Al-Haqqah dan banyak lagi surah lain tentang hari kiamat ini. Tapi, berapa banyak yang mahu mengambil pelajaran?? kebanyakan manusia sebenarnya masih lagi di takuk lama. Malah ada yg semakin teruk akhlak dan akidahnya. Astaghfirullah…Wa Nauzubillah..

Tsunami itu hanyalah sedikit sahaja. Tak sampai sesuku bumi pun. Namun, manusia dah hilang akal dah. Bayangkan pada hari kegoncangan nnt.. seluruh alam semesta yang di hancurkan… mmg tak dapat dibayangkan kn?

Owh ya, satu lagi value yg saya dapat extract ialah… mmglah mega tsunami tu adalah peringatan atau bala ALLAH kepada kemaksiatan manusia. Manusia yang dok kat tepi2 pantai tu..sape suruh pakai seksi2? Sape suruh wat benda2 tak best dipandang?? ALLAH dah murka kn?

Apabila bercakap tentang balasan ALLAH ni.. dipihak saya sendiri merasakan sangat berat. Sbb diri sendiri masih mempunyai banyak amanah yg tak dpt dijalankan dengan sempurna. Sepatutnya apabila mengetahui orang2 sekeliling melakukan kemaksiatan, kita yang faham harus perbetulkan. Tapi, kadang2… siapalah kita kan? Walaupun rimas sangat tgk kejahatan tu..tapi… . Mungkin kena lebihkan doa supaya diberi kekuatan. Sampai bila nk benci dalam hati je? Sampai bila nk biarkan iman tu adalah selemah-lemah iman kan? Erm… sbb tu lah nk berdakwah ni takleh sorang2. Kena ramai2…lagi best kalo ade kuasa. Lagi best kalo Negara kita ni betol2 negara Islam, Betol tak? Pandai2 la korang nak pikir ape..

Oklah, sy nk wat bnda lain lak... … minta maaf kalo ade ayat2 yg tak best dibaca sbb sy ni bukan pandai sgt bercerita..hehe
Da~~~


:: life is so great with Islam ::

Wednesday, October 28, 2009

Segalanya telah tercatat dalam Lauh Mahfuz :)


Thanks my S.A! I love you! (my SA is a she, don't misunderstanding k :P)




Bismillahirrahmanirrahim

Sakit kepala ana belum lagi redha, berat sungguh rasa kepala har
i ni, mungkin ana diserang 

migrain...maybe...[that's my problem, always don't know what the type of pain i have, even 

migrain pun xtau macam mane sbnrnye..huhu]


tapi tu la...sudah hampir 2 mggu ana mengalami sakit kepala..others say maybe because of 

stress...[maybe..maklumlah..final sem.. bnyk kerjaan yg perlu dihantar, tapi takdelah stress

sgt ana rase..sempoi dah la..hehe] and today is the worst, astaghfirullahalazim,alhamdulillah, 

wa innalillah..mungkin kaffarah dosa2 kn... .

After peforming my zohor prayer.. i'm tota
lly flat in my telekung..huhu.. mmg tak bleh nk bgn

langsung..a lot of sms i didnt reply,tak mampu nk bertahan dh!. why not i'm taking the pain 

killer?? owh no! taknaklah, mggu lepas dah makan sebijik, xnk dah, nnt kalo dah kna rely

ngan panadol or pain killer susah la hidup ana...dugaan...



ketahuilah bahawa, ini adalah sejenis pain killer :(




hari ni gak everything i do serba tak kena!.Pegi exam unit, amek transkrip, transkrip bnyk 

salah lak,nk baiki consume a few weeks lg, dah la baru siap, hntr form dah 2 miggu lebih dah, 

nk certified, kakak sombong tu kate amek ptg ni lak...adeh, mlsnye nk dtg ptg, jauh 

kot..lagipun dah boring ngadap muka kakak yg tak friendly tu.. pastu g kelas, silap masuk 

kelas. Masuk kelas lak, tarik meja terjatuh balik, bunyi bising, kepala pusing2, nasib baik Dr 

Ani ajar best, takdelah rase stress sgt, pastu ni..pastu tu..bla..bla..bla.. [ape2 pun, segalanya 

telah tercatat dalam lauh mahfuz, ana redha jer]


tapi skrg ni ana gagahkan juga diri utk menulis, sbb ptg2 mcm ni taktau nk wat ape. Nak 


jogging, hujan lak.. sleep? definitely no! bertambah2 sakit kepala nnt... lagipun org kata, tido 

lepas asar ni tak bagus kn..sbb mase tu fungsi badan kita sgt lemah n ape2 penyakit pun sng 

dtg. Well, i'm avoiding this habit, coz sometimes ade gak terlentok di waktu2 terlarang 

ni..when i'm really exhausted!..huhu. jom kembali menulis dengan satu misi yang tersirat :P

 

oklah, i'm quite lazy now to write more, nk listkan bbrp point which happened and will 

happen to me :


  • I got something from my secret admirer! Sape ek? jeng3..
  • Interview pospone lagi [mybe in november..ah..come back to UTP..again... =( or might be at KLCC?perhaps..]
  • FYP alhamdulillah dah siap, tapi sv suruh tambah ukuran n scale kt gmbr lak.. [tak siap lagi la tu kn..hehe]
  • next week i'm gonna have 3 test! 3rd, 4th and 6th november, fuyyo! on 4th nov also kna submit HRM project, 2nd nov FYP dissertation.. 2 to 6th nov are the date range for HRM presentation, ya ALLAH, hectic sungguh!
  • Tadi dah pegi mengundi. Campus election..hehe..berdebar-debar menunggu kemenangan :) , hope candidate num 1 will win, well, i'm one of his FC :D
  • wiken ni kna all out lah!bnyk keje.
  • ana tgh rase sedih sebab dah tak lama dah nk tinggalkan kampus tercinta ni... huhu
  • Ana juga terlepas beberapa kenduri kawen senior2 kerana kebizian yg amat.
  • Kakak ana juga nak bawak ana ke bukit cerakah nnt, sbb ana gtau dia yg ana dah lama tak jogging. Kolestrol bnyk dah ni :P .[ Really miss the moment with my sahabats n adiks2 at Bukit Larut. Indah sungguh!]



menikmati nasi lemak Pak Ali di puncak bukit larut :)



Rase macam dah ade kat oversea..hehe



dah..malas dah nk tulis, nak study lak ni. Post ni adalah posting yg paling lama mengambil 

masa. bayangkan, ana start from 6.30pm, n skrg dah 1.27 am, haha... lama tertangguh, sbb 

ade bnyk hal tadi. Dating + meeting+melenting dan mcm2 ting lagi... hehe [mengapekah agak 

poyo skrg ni? takpelah..biar poyo asalkan islamik...hehe, sesungguhnya Islam itu syumul, dan 

sgt menggalakkan umatnya sentiasa gembira. Tak bleh sedih2, kalo sedih igt dosa takpela.. :). 

And my headache dah beransur-ansur ok after jumpa kwn2 tadi.. :)

 

p/s: already got the campus election result. As expected, bukanlah satu kerugian sy 

mem"promote" candidate num 1 :) . Btw, syabas to all, tak kira lah mng atau kalah. All of you 

have done your best!

 


marilah kita renungkan bersama-sama:

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yg demikian itu mudah bagi Allah."

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yg sombong dan membanggakan diri,"

"iaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir.Barangsiapa berpaling dari perintah-perintah ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH, Dia Mahakaya, Maha Terpuji."

(Al-Hadid, 57: ayat 22, 23, 24)


::sesungguhnya segalanya telah tercatat dalam Lauh Mahfuz::



Monday, September 28, 2009

hati menangis rindukan ALLAH



Bismillahirrahmanirrahim...


sungguh lama rasanya diri ini tidak menulis apa2 di blog ini.


mungkin kerana mood itu tidak timbul dek kesibukan diri dengan pelbagai hal...


kini..di saat ini...diri ini mengambil kesempatan,menyapu sedikit debu2 di blog ini, sebelum 

bermulanya hari sibuk sedunia :)


waah3x... poyo benar bunyinya bila diriku bermadah pujangga..namun hakikatnya begitulah...

kesibukan yg melanda kadangkala membuatkan kita lupa pada tujuan sebenar hidup kita, 


lupa akan amanah disekeliling yg semakin menggunung...dalam tak sedar juga kita semakin 

jauh dariNYA...

 

dikala inilah... hati ibarat menangis, hati merindui sesuatu, hati terasa dibiarkan... hati ini 

terasa benar kekosongannya,hati meronta-ronta minta di isi, hati mencari sesuatu yang 

sudah lama dibiarkan.

 

Dikala mendengar bait2 lagu nur Tuhan nyanyian Hijjaz, hati kian tersentuh...

"tak terucap kepiluan ini, titik hitam yang menghijab hati, hitung dosa saat pergi takkan 


kembali, sisa umur tidak undur lagi....

 

"perjalanan dalam kehidupan, bukan jauh ketentuan datang, mungkin esok takdir takkan 

dapat dihalang, untung nasib digenggaman Tuhan.....

 

ya...benar sungguh, hati ini sebenarnya menangis, bukan sekadar tersedu-sedu, tetapi 

teresak-esak, merengek2 ibarat seorang bayi, minta di isi kekosongan ini. Ya...hati 

ini..merindui sesuatu... merindui pencipta yang Maha Agung. ALLAH.....sungguh...hati ini 

kosong dan tidak tenteram bila menjauhiMU... alpa sungguh diri ini... ya 

ALLAH...ampunkanlah diri ini yang terkadang lalai dari mengingatiMU....

 

dikala ini..teringat satu hadis yg menyatakan...

"sesungguhnya, jika kamu mendekati ALLAH dengan sejengkal, maka ALLAH akan 


mendekatimu sehasta, jika kamu berjalan mendekati kepada ALLAH,maka ALLAH akan 

mendekatimu dengan berlari..."

 

ya ALLAH... betapa ALLAH itu Maha Pengasih terhadap hamba-hambaNYA. AmpunanNya 

adalah lebih besar dari kesalahan insan..ALLAH.. ampunkan kami...lindungi jiwa kami dari 

kekosongan...


Monday, August 17, 2009

sihat sebelum sakit...




Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

ALLAH sentiasa menunggu mu meminta padaNya. Mintalah, dan tunaikan segala suruhanNya, tinggalkanlah laranganNya.

nikmat sihat itu biasanya hanya disedari bila kita ditimpa sakit.. ya ALLAH..jgnlah dihukum kami yang sering lupa ini...

Monday, August 10, 2009

berlalunya 9 Ogos 2009

Bismillahirrahmanirrahim...

ya ALLAH, rasanya jem otak ana sehari ni. pening dok wat resume,nak refill ink printer pun tak jadi2. abes bercorak2 jari jemariku... asemen pun tak setel lg..hehe...so, singgah jap jenguk blog yg lama dah tak ter update ni.. hmm..sgt2 mencari idea untuk menyiapkan asemen HRM ni...
otak jem..otak jem.. mintalah pada ALLAH agar di beri semula nikmat berfikir itu..ya ALLAH...

"Do you agree that “Spouses working together” is bad for organizations? Discuss your stand on the issue and provide TWO (2) articles to support your viewpoints."... hmm... b
ahan2 nye bnyk dah diperolehi dari internet, cuma mood nak menggoreng tgh down lg ni... ya ALLAH....ape ni shidah..
nnt pasni lah ana wat...huhu.


owh ya... semalam, tanggal 9 Ogos 2009, genaplah 22 tahun umur ana. ya ALLAH, dah tua dah. Maut pun semakin menghampiri. Sudah bersediakah ana??

walau apa pun, hidup ini perlu diteruskan. Dalam keadaan sentiasa bersedia menghadapi saat itu. Terima kasih kepada sahabat2 yang wish dan sudi mendoakan kebaikan untuk ana. Moga kita semua sentiasa kuat dalam menghadapi liku2 kehidupan ini. amin...


Seperti tahun2 lalu... tanggal 9 ogos ana hadapi dengan biasa. Semalam seharian di dalam kereta untuk ke kampus, setelah seminggu bercuti bahana wabak H1N1 ya
ng kian mengganas. Ya ALLAH, kami sedar ianya satu bala, dan lindungilah kami darinya. sambut birthday dalam kereta la. Seperti biasa org yg wish ana is my sister :) sayang dier! (perasan la tu!). Seminggu kat rumah, tak terbuat kerja pun ana, maklumlah ada baby haiqal yg sangat comel tetapi manja dan suka sangat nk jalan2 kat luar rumah. Huhu, tak larat cik dah tau!

inilah penyebab kerja sekolahku tak setel :P

Seingat ana, dalam hidup ni, sekali je ana sendiri pernah mengadakan majlis hr lahir. Mase form 3. Saje2 je.. tu pun sbb saje rase nk ajak kwn2 g makan2 kat umah. Mase kecik2 mmg tak penah sambut hr lahir pun.(I mean, sambut wat2 party2 tu la) Birthday wish tu mmg lah ade sokmo..tapi ble dok hostel mase skolah n kampus ni, ade la sambut ngan kawan2...hehe..last year paling best, dapat 3 biji kek...hehe...tak kesahlah..camne bentuk besday kita....yg penting bahagia kn??

teringat lak kata2 bekas jurulatih silat ana mase foundation dlu. dia kata, kalo mase
besday kita sepatutnya masa tu lah kita nk hargai mak kita. sbb dia yg dah lahirkan kita sampai kita dah sampai umur skrg.hehe...
cadangan dia supaya, mase birthday kita, belilah kek or pa
pe untuk mak n ayah kita...kelakar lak rasa. Tapi btol gak kn...hehe..tak kesahlah ape pndapat masing2..

tapi bg ana, ms birthday kita lah, kita kna muhasabah balik keadaan diri kita. layak ke tak amalan2 n akhlak2 kita dengan umur kita sekarang? dan sebagainya. Sendiri mau ingat lah.hehe...

apa yang paling best ialah, untuk birthday kali ni, ana ada mendapat hadiah yg cukup simbolik. iaitu sebotol air mineral yg diberi oleh shbt2 ana after miting smlm...iye2 aje mimiey mintak ana wat balik air mineral tu as hadiah birthday, btw, thanks sgt...hehe...air mineral tu kn bagus untuk kesihatan.. bila dah diberi sbgai hadiah, air mineral pun rasa macam kopi radix :P hehe comel betol =P

sempena birthday ana pun ana ada bawakan cup cake yg sedap dan comel untuk kawan2. Tapi kepada sape2 yg tak dpt tu, ana mintak maaf la ek. Tak dpt nk tempah bnyk2 sgt sbb nnt tak muat lak keta bel. hehe.. Nnt kalo ade rezeki, ana bawak lagi yer.

yum..yum...yummy!

tak lupa juga ana nk ucapkan selamat pengantin baru kepada kak min dan suaminya yang telah melangsungkan perkahwinan 31 Julai yg lalu. Maaf tak dapat hadir majlis akak, sbb dah bertolak balik kelantan dah masa tu.


moga bahagia hingga ke syurga, amin.. :)

owh ya, satu lagi sebelum terlupa, ana nk share sebuah lirik lagu yang best. Lagu Cerita Hati, nyanyian Hafiz Hamidun. Kalo nk lagu dia, bleh mintak kat ana or download kat DC or kat internet ek. Thanks to my dearie syafiqa(adik smart group) yg sudi share lagu ni ngan ana. May Allah bless u sokmo dik!


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta


sekian sahaja posting hari ini, sbgai driving force utk ana meneruskan kembali hidup di dunia kampus yang terchenta ini...

p/s: bisness one drop perfume bakal kembali. nantikannya di pasaran :P

"Sesungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya"
Al-An'am: 134

wallahua'alam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails